Home

 

PENGENALAN

  Gajet ialah alat peranti yang mempunyai pelbagai bentuk yang sering digunakan oleh masyarakat pada zaman kini . Jenis gajet yang sering digunakan ialah telefon pintar . Pada era globalisasi ini , tidak hanya ibu bapa tetapi pendidik juga lebih menggunakan gajet sebagai bahan bantu mengajar atau platform untuk berinteraksi diantara pelajar dan guru. Hal ini menyebabkan anak-anak menjadi ketagih untuk menggunakan gajet . Kesannya, keadaan ini telah menimbulkan pelbagai isu yang sering menjadi perbincangan dan pendebatan antara golongan cendekiawan dunia tentang manfaat dan implikasi buruk penggunaan gejet dalam kalangan pelajar .

   

     Seperti yang kita sedia maklum , blog merupakan salah satu sumber pelajaran yang sering digunakan dalam kalangan pelajar . Maka , tujuan blog ini adalah untuk menunjukkan kewujudan kesan positif dan negatif dalam penggunaan gajet dalam kalangan pelajar . Selain itu , ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tidak hanya kepada pelajar tetapi juga kepada guru dan ibu bapa mengenai kepentingan menggunakan gajet dengan baik. Oleh yang demikian , kita dapat memaksimalkan manfaat gajet dan meminimalkan kesan negatif gajet dalam kalangan pelajar .


Comments

Popular Posts