RASIONAL & OBJEKTIF
RASIONAL
Seterusnya,kepentingan memahami pengaruh gadget dalam kalangan pelajar adalah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.Penggunaan gajet dengan cara yang betul dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Dengan memahami cara teknologi memberi kesan kepada proses pembelajaran,pelajar dan guru dapat memanfaatkan peranti digital untuk belajar secara interaktif,mengakses sumber pembelajaran dalam talian,dan menggunakan aplikasi yang memudahkan pemahaman konsep-konsep sukar.
Selain itu, kepentingan memahami pengaruh gajet dalam kalangan pelajar adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan pelajar.Mereka dapat belajar menggunakan pelbagai aplikasi pembelajaran,mencari maklumat berkaitan pembelajaran dan sekaligus menyiapkan mereka untuk dunia pekerjaan yang semakin berfokuskan digital.
Kesan jika tidak mengkaji pengaruh gajet dalam kalangan pelajar akan menyebabkan impak buruk kepada perkembangan akademik,sosial,dan psikologi pelajar. Antara beberapa kesannya menyebabkan penurunan prestasi akademik yang disebabkan oleh penggunaan gajet secara berlebihan. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan peningkatan ketagihan dan penyalahgunaan gajet tanpa batasan yang boleh menyebabkan pelajar menjadii ketagih dengan peranti digital yang akan mengganggu kehidupan seharian mereka.

Comments
Post a Comment