KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesan penggunaan gajet ini bergantung sepenuhnya kepada cara bagaimana pelajar mengggunakannya samada untuk perkara yang bermanfaat atau sebaliknya. Jika digunakan untuk perkara negatif akan menyebabkan berlakunya ketagihan, dan mengurangkan interaksi sosial di kalangan pelajar. Meskipun gajet menawarkan pelbagai kemudahan,namun ia harus dikawal dengan baik. Oleh itu semua pihak perlu memainkan peranan yang penting untuk mengawal penggunaan gajet.
Alhamdulillah,bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dapat kami siapkan tugasan untuk isu dalam kalangan pelajar ini dengan jayanya.Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pensyarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar, Dr.Ramli bin Saadon, kami sedaya upaya melakukan yang terbaik bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Kami mengharapkan tugasan kami untuk isu dalam kalangan pelajar ini diluluskan. Kami telah mempelajari banyak hal baru setelah membuat pelbagai kajian berkaitan isu pelajar. Kami juga dapat mempelajari nilai kerjasama dalam menjayakan tugasan ini. Dan mengetahui cara untuk membuat dan menggunakan blog dengan berkesan agar dapat menjadi pengajaran kepada para pelajar. Selain itu,blog ini juga dapat membuka mata masyarakat untuk lebih peka terhadap isu penggunaan gajet.
Oleh itu,harapan kami ialah agar setiap pelajar dapat mengelakkan diri daripada menggunakan gajet dengan cara yang salah dan lebih pintar untuk memanfaatkannya ke arah yang positif.
Comments
Post a Comment